~ 54 Comments

Lirik Aku Maafkan Kamu – Malique & Jamal Abdillah


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


Anda juga mungkin meminati lirik:

54 Responses to “Lirik Aku Maafkan Kamu – Malique & Jamal Abdillah”

  1. jiwa_gila 31 January 2012 at 12:54 pm Permalink

    tah pape tah korang nie..
    shit

  2. hanif UTM SKPG 27 February 2012 at 1:40 pm Permalink

    stupid song EVERRRRRRr

  3. Pedekar Laut 3 March 2012 at 7:46 pm Permalink

    jiwa_gila…patutla kurang pandai..
    hanif UTM SKPG..dak UTM tapi bodoh sombong sbb budak ‘U’…nothing stupid other than your stupid comment..

  4. CommandA 5 March 2012 at 2:39 pm Permalink

    Lagu nie banyak maksud. Hanya orang tertentu je boleh faham setiap maksud ayat lagu nie. So siapa siapa yang tak faham jangan laa kutuk sebelum korang dikutuk balik. :D

  5. doy 9 March 2012 at 5:16 pm Permalink

    sape2 yang tak faham maksud lagu ni jangn pepandai nak kutuk… lagu citer tentang kita sendiri… faham… orang melayu sendiri… tengok lirik sambil dengar… kalau x faham, baca lirik dn selami maksudnya… korang akn faham… maknaya sape2 yang kutuk orang yang buat lagu ni, x der ilmu… segan ilmu… fikir dulu sebelum bercakap… ni la bangsa kita….

  6. Alpha 10 March 2012 at 2:18 pm Permalink

    betol kate doy tu……. bace dulu…. bagi faham baru komen…. ni pakai komen je mende entah…….

  7. adoi 11 March 2012 at 2:28 am Permalink

    Benci gn liriknya? Sebab ape? Terkena atas batang idung sendiri ke?? Hahaha… budak Hanif UPM-kononnya speaking. Kat UPM ko belajar tulis stupid je ke? Katak btol!

  8. ana 11 March 2012 at 5:08 pm Permalink

    hanif tu budak U ke? mcm tipu jew…

  9. mr30 13 March 2012 at 10:10 am Permalink

    salam…
    hanif nie name je ‘u’…!!!
    Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
    Kalau terpelajar sila guna hak miranda
    Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
    Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

  10. akuu 14 March 2012 at 1:53 pm Permalink

    lagu melayu jek ko nak kutuk2…lagu omputeh yg ntah ap2 mksudnye tuh sibuk plak nak hafal2..cube ler bg sokongan kat lagu2 kite…ape ler….

  11. rem 15 March 2012 at 2:03 pm Permalink

    betul apa yg dicakapkan oleh paracendikiawan diatas…kecuali mamat U yg buta seni dan buta hati..
    lagu ni klu kita dgr betul2,banyak yg terkena kepada kita org “MELAYU” yg tak kan hilang di bumi..
    MAKSUDNYA….org kita melayu ni tak abis2 ngan sikap suka mengata belakang dan kutuk mengutuk tapi dlm masa yang sama “DIA” sendiri tak tahu apa yg dia cakap dan “U GOT NOTHING but STUPID”

  12. Ikan_kaloi88 15 March 2012 at 4:36 pm Permalink

    Nasihat dan teladan~

  13. rusuk kiri 15 March 2012 at 7:14 pm Permalink

    aku……….. maafkan kamu

  14. deria aien (cun) 17 March 2012 at 7:32 pm Permalink

    aku tidak ………….. maaf kan kamu ,, haha ,,

  15. cinta 18 March 2012 at 9:35 am Permalink

    Seriously in love wit dis song..by makna tersirat..by mengingatkan supaya cool down..hmmm…love love..

  16. eyqahamid 22 March 2012 at 6:22 pm Permalink

    mendalam maksud lagu nie. ini dinamakan lagu melayu sebenar. kita patut sokong industri muzik kita sendiri sebelum kutuk. nie pakai kutuk tapi tak menghayati, baik tak payah. orang kita jatuh sebab bangsa kita sendiri. kita patut naik bangsa, bahasa kita. bukan pandai condemn jeeee. best song ever. aku memang suka maksud tersirat nie. sindiran lagu ini pedih macam sembilu. dari buat lagu cinta. lebih baik buat lagu begini, banyak tauladan kita dapat.

  17. sempritBusuk 27 March 2012 at 9:42 am Permalink

    kadang bukan tak nak sokong lagu melayu.ada yang bagus dan mampu dibawa ke taraf lebih tinggi.tapi bayangkan bila ada lagu yang tiada makna dan liriknya mengarut dan apa-apa saja.sememangnya saya menggemari lagu-lagu malique kerana ketinnggian bahasa serta maknanya yang mendalam.cuba kita dengar lagu-lagu kini.banyaknya merapu.brengsek hensem? black jack jack black?

  18. skr 27 March 2012 at 1:56 pm Permalink

    hanif UTM SKPG

    stupid person everrrrrr

  19. Nooreen 28 March 2012 at 10:10 am Permalink

    ni la lagu Melayu yg asli, ayat penuh maksud, kena faham ape yg tersirat…tak bnyak lagu yg mcm ni sekarang, so kene hargai,…kalau bangsa sendiri, rakyat Malaysia sendiri tak hargai, Melayu kan hilang dlm dunia….

  20. insane 29 March 2012 at 10:39 am Permalink

    Lagu cinta yang hebat melambangkan jati diri orang yang namanya melayu..

  21. insane 29 March 2012 at 10:43 am Permalink

    bukan itu saja orang melayu yang islam agamanya.. buat aku tersenyum keseorangan..

  22. Mama 29 March 2012 at 4:44 pm Permalink

    liriknya penuh sindiran. harap ada yg bukan shj terasa, tapi tersedar dan berubah. tak guna berbalah sesama bangsa. yg ruginya kita juga. tunjangnya, saling ingat mengingati dan salih kasih mengasihi, seperti yg disarankan agama.

  23. BudakUBodoh 31 March 2012 at 9:29 am Permalink

    Budak U skrg ni mmg byk yg bodoh2….dlm kompeni tmpat aku keja ni pun sama…lulusan universiti…perangai & lagak mcm beruk…tp otak kosong.

  24. BukanBudakU 31 March 2012 at 5:58 pm Permalink

    Hanif tu minat lagu kanak2 Cinta Muka Bulu je. lagu2 yg tinggi bahasa mcm lagu ni tak tercapai akalnya..

  25. Faizbudakbuduh 1 April 2012 at 2:18 am Permalink

    sebagai org yg mencintai kebijaksanaan dan falsafah…..

    aku dapati lirik nya mempunyai nilai yg tinggi…..

    katak melalak yg duduk bawah tempurung, tempurung dlm kotak, kotak bawak cermin kotak, cermin kotak dalam teratak, teratak di hujung kampung…..

    melambangkan org tiada ilmu, berfikiran kolot berlapis-lapis…….lebih dr katak bawah tempurung….

    inilah beza manusia yg tahu dan tidak tahu….

    tahniah malique……

  26. firdaus 3 April 2012 at 7:58 pm Permalink

    sedap nya lagu ini

  27. Hifzhan 4 April 2012 at 12:09 pm Permalink

    terbaik la lagu ni !!
    1st dengar macam kelakar,
    tp tengok lirik dia,
    POWER.

    good job malique. :)

  28. aloverof wisdom 5 April 2012 at 11:37 pm Permalink

    lagu yang menyedarkan kita tentang realiti dan mendalaminya untuk refleksi diri dan masyarakat sekeliling kita, justeru pencipta lagu ini perlu diberi kredit, kerana menyampaikan mesej dengan baik,cuma yang mendengar dan tidak cuba untuk faham sahaja melihatnya sesuatu y tah hapeh2! SALAH SATU CONTOH remaja yang tidak gunakan akal sebelum berbicara.,, terima kaseh

  29. gugirl 6 April 2012 at 8:59 pm Permalink

    terbaik …. aku… maafkan kamu .

  30. akuorangbumi 8 April 2012 at 7:16 pm Permalink

    Inilah lagu paling berjaya menyentuh jiwa
    Pertama kali dengar dah terpesona dengan lagunya
    apalagi bila menghayati lirik nya
    I LIKE ^_^ !!!!!!
    Kalau tak dicalonkan dan dimenangkan dalam Juara Lagu tahun ni memang tak patut.
    SO EVERYBODY! MALAYSIAN, PLEASE… VOTE FOR THIS SONG!

  31. 1001kiasan 12 April 2012 at 2:05 pm Permalink

    jahil nye org yg xfaham maksud tersirat…

  32. hayasugi_GTR 12 April 2012 at 2:17 pm Permalink

    kalau dh bodoh tu x ya la nk bajet U wey! :@

  33. jejang jang 12 April 2012 at 10:12 pm Permalink

    Aku rase rangkap ni paling sesuai utk bdk ‘U’ cam ko haniff oii..

    Maafkan mereka, mereka tidak tahu
    Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
    Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
    Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
    Maafkan mereka, mereka tiada nilai
    Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
    Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
    Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

  34. Natural Danger 12 April 2012 at 11:19 pm Permalink

    salam”‘ermmm………mungkin katak adalah sipolan yang mengaku siswa utm tu.macam katak tu jgaklah… mungkin dia bukan sesiapa pun kat utm tu, mungkin pernah ada kat situ seketika secara kebetulan tumpang lori hantar tong gas kat kantin.. agaknyer la..
    kesian…
    YA ALLAH! minta dijauhkan …AMIN

  35. Azizan Zolkipli 13 April 2012 at 7:42 am Permalink

    Walaupun dalam rentak rap, namun liriknya cukup membawa maksud mendalam. Tahniah pada penulis lirik, komposer muzik & artis yang membawakan lagu ini !

  36. dexter 20 April 2012 at 2:19 pm Permalink

    jangan cakap ni lagu pekida,tiga line.macam bebal je.mengarut2 je kumpulan tu.

  37. aremad 24 April 2012 at 12:10 pm Permalink

    nie lagu… banyak maksud tersirat… malique banyak main tatabahasa… dalam mase yang same dia mensihati ape yang berlaku dalam melayu kite… tapi lagu yang terbaik dari ladang pun jugak…..

  38. mus 26 April 2012 at 2:49 am Permalink

    terbaik…aku maafkan kau untuk dia :’(

  39. mohd faizal nimota 27 April 2012 at 11:58 am Permalink

    pada hanif utm skpg…nme jewp dak u tp bnde cam 2 pown xley nk d huraikan….u is the stupid person 4 ever….bnyk mksd y tersirat dlm lagu ny…cam lagu mantera beradu….

  40. sunsineglory 29 April 2012 at 10:52 am Permalink

    ehh,nk ngutuk jgn lah tulis name UTM.malu je..aku dak utm kot. btw, bes gler lyric lagu ni..

  41. DoY 4 May 2012 at 2:06 pm Permalink

    hahahahaha…. panas2.. tahniah malique membawa kita semua kepada zaman bahasa melayu asli yang penuh dengan kata KIASAN dan SINDIRAN.. sape2 dah faham maksud lagu ni tahniah… buat Hanif UTM skpg, diHARAP selami maksud lagu ni… =D

  42. abaz 7 May 2012 at 12:44 am Permalink

    lirik-lirik lagu malique penuh mendalam maksudnya…sukar untuk ditafsir…selami lirk baru tahu maksud sebenar…tahniah malique…u r the best…no wonder banyak lagu malique mempuyai ciri-ciri kesusasteraan melayu…

  43. liza 10 May 2012 at 8:17 am Permalink

    Tahniah.
    Penuh mahsud tersirat yang ada kalanya membangkitkan semangat.apa-apa pun AKU MAAFKAN KAMU yang tak faham lagu tu.

  44. angelosanora 14 May 2012 at 5:16 pm Permalink

    siapa yg kata lagu ni tak best memang benak ikan duri….:D

  45. angelosanora 14 May 2012 at 5:20 pm Permalink

    lagu ni terbaik,… metafora mesti hebat dia punya kesusteraan melayu

  46. aKueLlie 15 May 2012 at 2:23 pm Permalink

    terasa rendah diri sebab bahasa lain kita cuba na blaja tp bahasa sendiri kita ta paham *aku lettew tp lgu nie mmg ad mkne tersendiri dan ad nasihat yg bguna tol dak2 zaman sekarang ^_^

  47. hakimadk 15 May 2012 at 6:16 pm Permalink

    puhh cool!!!!!!!!!!!!!
    biasa ak dengar lagu lain, semua x menyentuh hati ak tp lagu ni first time ak dengar kat hotfm memang buat ak tersentuh rase nak menangis bahasa dia perghh terbaik
    keep it up malique

  48. jamal abdillah 16 May 2012 at 7:39 pm Permalink

    apa dah kamu komen banyak sangat dengan lagu saya dengan Malique ni…kami pun masih tak faham lirik yang tersirat dalam lagu ni, kamu orang pula yang pandai pandai tafsir lagu ni… alif ba ta… kita sendiri tulis komen pun guna ayat singkat, nampak sangat kita tak menghargai bahasa kita sendiri, kalau kita tengok komen orang orang putih, takde pun dorang guna ayat singkat…contoh sangat=sgt. tak lama lagi kita guna ayat singkat dan tak tahu ejaan penuh ayat melayu kita sendiri…fikir fikirkan

  49. anis 20 May 2012 at 2:13 pm Permalink

    Belajar lah mengenal diri kerana dalam mengenal agama Itu Adalah Dengan mengenal Allah s.w.t.

    “Siapakah kamu menghukum / menjatuhkan hukum.”

    Sesat dlm terang,ini kan pula didalam gelap, jgn sesat lg menyesatkan,”Na’uzubillah”


Leave a Reply