Senarai Lirik Lagu | Noraniza Idris

04 August 2011 ~ 0 Comments

Lirik Aidilfitri di Alaf Baru – Artis SRC Records

 

Terdengar syahdu gema suara takbir
Tandanya tiba Syawal mulia
Kita beraya bersama berganding bahu
Sambut lebaran di alaf baru
Di Aidilfitri seiring kita berpadu

Selamat Hari Raya

[...]

Continue Reading

21 December 2009 ~ 0 Comments

Awallah Dondang – Noraniza Idris

Awallah dondang (2 X)
Dondanglah sayang
Ayum-ayum
Awallah dondang
Dondanglah sayang

Suara mersik burung kenari
Bagai meraut rotan sebatang (2 X)
Ayum-ayum
Tiada nasib untuk dicari
Bagai melukut tepian gantang (2 X)
Ayum-ayum

Awallah Dondang (2 X)
Dondanglah sayang
Ayum-ayum
Awallah dondang
Dondanglah sayang

Serindit putih di dahan manggis
Kemana pergi burung kenari (2 X)
Ayum-ayum
Langit merintih awan menagis
Lukanya hati tanggung sendiri (2 X)
Ayum-ayum

Awallah dondang (2 X)
Dondanglah sayang
Ayum-ayum
Awallah dondang
Dondanglah sayang

Continue Reading

21 December 2009 ~ 0 Comments

Dikir Puteri – Noraniza Idris

Bermohon sembah sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Hamba puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri

Bermohon sembah sembah berhajat
Hajat berasal kayangan puri
Tuan puteri imbas berempat
Turun bermalam serata negeri

Sungguh terdengar bukan igauan
Antan bertingkah sahut-sahutan
Si anak muda pandang-pandangan
Tua melarang dalam senyuman

Malam mengemping terang cahaya
Riuh sekampung asyik bersenda
Walaupun datang dalam bayangan
Diri memandang minta berteman

Satu rumpun satulah kata
Dua hati berpadulah jiwa
Tiga temu setia memangku
Empat pula sudah bersimpul mati

Mari adik mari abang (2x)
Kecil besar tua muda (2x)
Mari sama kasih sayang (2x)
Moga hidup kan bahagia

Walau jauh walau dekat (2x)
Sama-sama muafakat (2x)
Datangnya sementara
Entah esok lusa kembali semula
Kembali semula

Continue Reading

21 December 2009 ~ 0 Comments

Dondang-Dendang – Noraniza Idris & Siti Nurhaliza

Masyhurkan dondang dendang
Kembalikan dondang dendang
Bersua rindu yang lama
Serikan dondang dendang
Bergema di serata buana

Selangkah mengikut rentak (Hai rentak)
Rentak budi rentak bersajak (Rentak budi berentak)
Kata madah hati pujangga
Bagai panah mencari jiwa
Firasat tinggalan ibunda

Searah menyusun gerak (Hai gerak)
Gerak tari gerak sejambak (Gerak tari bergerak)
Sungguh indah seni pusaka
Bagai wajah penyeri rupa
Tersurat bicara rahsia

Mana kias mana senandung intan
Yang tak lekang dik panas
Tak kan usang dik hujan
Mana kias mana senandung intan
Yang tak lekang dik panas
Tak kan usang dik hujan
Usah sunyi lena didodoi zaman
Atau hanya tinggal kenangan

Masyhurkan dondang dendang
Ceritakan dondang dendang
Selama hasrat membara
Alunkan dondang dendang
Iramakan dondang dendang
Selagi hayat dijulang masa

Muyahayo muya lanakayo
Muya haye kolo labetaya
Le asale ala lade ama
Pi duniwa niwa la dunia
Le asale ala lade ama
Pi duniwa niwa la dunia

Continue Reading

21 December 2009 ~ 0 Comments

Lenggang Lenggok – Noraniza Idris & Siti Nurhaliza

Lenggang lenggok bergaya senyum manisnya
Sunguh menawan
Paras cantik memikat gaya manjanya
Hati tertawan
Rambut panjang berjurai hitam berkilat
Mayang mengurai
Lemah lembut gayanya tersenyum simpul
Lemah gemalai

Resah jangan diharap pagi yang cerah
Bawa bersenda
Usah bagaikan dedap sungguhpun merah
Harum tiada

Bukan kerana mawar kumbang mengidam
Seri gubahan
Intan tetap bersinar walau terbenam
Di perlimbahan

Cantik baju kebaya pukau warnanya
Berbunga jarang
Baik budi bahasa walau kemana
Dikenang orang

Segar dingin terasa bayu membelai
Tiada henti
Biar miskin kelana asalkan pandai
Mengambil hati

Continue Reading

21 December 2009 ~ 0 Comments

Hati Kama – Noraniza Idris & Siti Nurhaliza

Mengindang-ngindang padi huma
Mengindang dalam tampian
Memandang-mandang hati kama
Memandang dalam renungan
Bisik-berbisik pada pekerti mulia
Risik-merisik mana lahir asal usulnya

Mendengar suara lela lebur
Bertentangan mata panah arjuna
Terbayang senyuman bunga gugur
Siapa gerangan bagaikan betara

Adakah dia hamba sahaya
Ataupun bijak mentafsir mimpi
Mungkinkah jua benar diduga
Hingga terusik hati nurani

Tawanlah jiwa ku
Bebaskan sayap juwita
Turutlah janji ku
Tinggalkan segenap lara

Burung yang terbang
Salam utuskan salam
Pada renungan pandang
Selayang pandang

Bukan betara (2x)
Atau pesona (2x)
Insan biasa (2x)
Ah….

Continue Reading

21 December 2009 ~ 0 Comments

Ya Allah Ya Saidi – Noraniza Idris

Tidak terbayang dalam fikiran
Belum terpandang di mata insan
Halus jelita Sang Bidadari
Emas sutera hiasan diri ( Ya Allah Ya Saidi )

Irama zikir sepanjang waktu
Tenang mengalir sungainya madu
Rendang bidara tidak berduri
Suci harumnya indah sekali ( Ya Allah Ya Saidi )

Hidup umpama tidur dan mimpi
Bila terjaga Ya Allah Ya Saidi

Kuntuman bunga bermusim tidak
Taman kencana buminya perak
Bila pohonan mula bernyanyi
Daun-daunan iring menari ( Ya Allah Ya Saidi )

Betapa nikmat di alam sana
Selama hayat muda mulia
Kurnia tuhan tidak terperi
Kepada insan beriman diri ( Ya Allah Ya Saidi )

Hidup umpama tidur dan mimpi
Bila terjaga Ya Allah Ya Saidi

Continue Reading