Senarai Lirik Lagu | Mega

13 December 2009 ~ 0 Comments

Nina Karina – Mega

Sebak di dada ku lihat wajah
Nina Karina si jelita
Menggulung kasih cinta pertama
Yang tersurat…hanya
Bisikan semalam

( bridge )
Kerasnya ombak menyisir pantai
Memaksa pasir untuk berubah
Tidak hati hati, adakah hatimu
Walaupun pedih…

( korus )
Tanpa purnanma malam gelita
Tanpa rahsia hilanglah takhta
Tanpamu bisakah aku setia…

Oh Nina Karina
Oh lupakah dia
Cinta dan gelora
Kau hadiah untukku

( ulang bridge )

Continue Reading

13 December 2009 ~ 0 Comments

Takdir Dan Waktu – Mega

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

Continue Reading

13 December 2009 ~ 0 Comments

Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara – Mega

Engkaulah sekuntum bunga sakura
Mekarmu di tempat indah dan dingin
Dan aku bagaikan padang pasir di Gurun Sahara
Oh.. panas dan kering
Tiada apa nak ku bangga

Kau pastikan layu disampingku
Oh Sakura

Pulanglah sayang
Ke tempat asalmu
Di sini kuragukan
Kejelitaanmu kan jadi debu

Jangan kau sandarkan cinta padaku
Oh Sakura

Jangan kau fikirkan
Kerana cinta
Gurun Sahara
Akan menjadi hutan rimba

Pulanglah sahaja
Wahai gadisku
Oh… Sakura

Continue Reading

13 December 2009 ~ 0 Comments

Pasti – Mega

Semenjak aku kehilanganmu
Sekitar maya ku berubah
Tiada lagi halusnya kidungmu
Yang ketika dulu
KAu lakukan untukku
Sepi mencengkam
Resah berpanjangan
Wajahmu bermain di ingatan
Yang tinggal kini
Airmata cinta telah membasahi kolam hatiku

Pasti kau di saat ini
Berselindung di balik wajahnya
Aku tak lagi kau hiraukan
Terlontar jauh dari hatimu
Bagaikan mawar terkulai sepi
Tak lagi bererti

Mengimbas keangan di masa silam
Aku terkenangkan janjimu
Tiada lagi kesempatan untukku
Memilikimu seperti dulu

Continue Reading

13 December 2009 ~ 0 Comments

Mainan Sepi – Mega

Banyak lagi akan yang tertinggal
Bertabur di sana-sini
Yang menyusur suasana yang sepi
Kita rasa

( 1 )
Banyak lagi akan yang tertinggal
Bertabur di sana-sini
Yang menyusur suasana yang baru
Sama rasa

( 2 )
Semalam kita lihat mentari terbenam
Disenandung yang biru
Dibelai dengan lagu kita bersama
Ribut bertiup dah biasa
Itu bukan lagi mainannya

( 3 )
Terpesona tiada rasa
Itu bukan lagi mainannya

Sama meminta sejahterakanlah kami
Kau bernarkanlah kami mengecap
Erti cinta kami rasa ciptaannya
Oh… Kekasih…

( ulang 1 & 3 )

Continue Reading

13 December 2009 ~ 0 Comments

Bayangan Gurauan – Mega

Tak pernah ku alami,
Tak mungkin ku hindari,
Di himpit perasaan,
Bayangan Gurauan.

Di dalam jaga ku tercari-cari,
Di dalam tidur termimpi-mimpi,
Siapakah gadis misteri,
Melambai dan terus menyepi.

Jangan biarkan ku ternanti-nanti,
Usah benarkan masa berlalu pergi,
Cintamu oh! gadis misteri,
Adakah kekal dan abadi.

Andai di berikan emas permata,
Ku pilih senyumanmu,
Andai kupunyai mahligai indah,
Ku hadiahkan untukmu.

Dalam berjuta bintang berkelipan,
Kau bagaikan kejora,
Antara ribuan mata menikam,
Takkan ku biarkan kau tenggelam.

Di dalam jaga ku tercari-cari,
Di dalam tidur termimpi-mimpi,
Siapakah gadis misteri,
Adakah dapat ku kenali(Belum puas ku temui).

Continue Reading