Lirik Monoloque & Azlina Aziz Batu Belah Batu Konkrit (Bonda) OST Parit Jawa
Wahai anakanda ku sayang
Ke mana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya
Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya
Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit
Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang
Atau kerna kurang peka
